Wednesday, October 27, 2010

Sayangi diri

Cinta sejati adalah pada diri sendiri dan kepada Allah s.w.t. Selain dari pada itu adalah cinta semetara hanya alam dunia sahaja. Kasih sayang sememangnya boleh dicari tetapi ia tidak akan kekal selama-lamanya. Perasaan rindu juga tidak boleh dijaja kepada semua orang, hanya yang terpilih sahaja yang akan mendapatnya. Percintaan antara lelaki  dan wanita bagai sekuntum bunga apabila tidak dijaga ia akan layu dan terus mati. Jika ingin kehidupan bahagia dan gembira sayangi lah diri sendiri dahulu sebelum menyayangi orang lain. 

Tuesday, October 19, 2010

MENGHARUNGI KEHIDUPAN SEBENAR DALAM MENCARI SIAPA DIRI INI

Perjalanan kehidupan sememangnya mencabar diri. Banyak asam garam yang mesti dilalui bagi mencapai dan memperolehi kebahagian dan kejayaan. Setakat cita-cita sahaja tidak akan membawa erti tetapi mestilah diiringi dengan usaha dan kepercayaan dalam diri sendiri. Penyesalan dalam diri biarlah terjadi sekali dalam realiti kehidupan. Selepas melihat ke hadapan jangan menoleh kebelakang untuk mengenang perkara yang tidak disenangi, perkara yang baik hendak dijadikan panduan dan pedoman serta jadikan sejarah yang mengembirakan dan kenangan bagi memotivasikan diri.